Pertandingan Lagu Eurovision 2020

Pertandingan Lagu Eurovision 2020
Tarikh
Separuh akhir 112 Mei 2020 (dibatalkan)
Separuh akhir 214 Mei 2020 (dibatalkan)
Akhir15 Mei 2020 (dibatalkan)
Hos
TempatRotterdam Ahoy, Rotterdam, Belanda
Penyelia eksekutifJon Ola Sand
Penyiar hosBelanda
Peserta
Jumlah penyertaan41 (rancangan)
Negara yang
muncul kembali
Negara yang
menarik diri
Negara yang tidak kembali

Pertandingan Lagu Eurovision 2020 akan menjadi edisi ke-65 Pertandingan Lagu Eurovision yang akan diadakan di Belanda setelah negara ini memenangi pertandingan 2019 dengan lagu "Arcade" oleh Duncan Laurence, ini merupakan kali kelima negara itu menjadi tuan rumah selepas kali terakhir pada tahun 1980. 41 buah negara dijangka turut serta dalam pertandingan tersebut.

Pada asalnya, pertandingan ini dirancang untuk dianjurkan pada bulan Mei 2020, yakni dua pertandingan separuh akhir pada 12 dan 14 Mei dan pertandingan akhir pada 16 Pada 2020.

Namun begitu, pada 18 Mac 2020, pihak Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) mengumumkan bahawa pertandingan ini dibatalkan akibat pandemik COVID-19 di Eropah, pembatalan kali pertama dalam sejarah Eurovision. Berikutan pembatalan ini, pihak EBU sedang berbincang berkenaan penganjuran pada tahun berikutnya, termasuk bandar hos dan artis yang terlibat.