Pertandingan Lagu Eurovision 1957

Pertandingan Lagu Eurovision 1957
Tarikh
Akhir3 Mac 1957
Hos
TempatGroßer Sendesaal des hessischen Rundfunks
Frankfurt-am-Main, West Germany
PenyampaiAnaid Iplicjian
KonduktorWilly Berking
Penyelia eksekutifRolf Liebermann
Penyiar hosArbeitsgemeinschaft der öffentlich-rechtlichen Rundfunkanstalten der Bundesrepublik Deutschland (ARD)
Peserta
Jumlah penyertaan10
Negara yang membuat
penampilan sulung
Undian
Sistem undian10 ahli juri menilai 10 mata untuk lagu kegemaran mereka.
MataTiada
Lagu yang dimenangi Belanda
"Net als toen"

Pertandingan Lagu Eurovision 1957 ialah edisi ke-2 Pertandingan Lagu Eurovision. Seperti pertandingan pertama, pertandingan ini masih disiarkan di radio, namun terdapat peningkatan jumlah penonton yang menyaksikan acara ini di televisyen.

Dalam pertandingan tahun ini, lagu yang dinyanyikan oleh wakil Itali berdurasi 5:09 minit, sementara lagu dari United Kingdom hanya berdurasi 1:52 minit. Oleh itu, peraturan setiap lagu durasinya dihadkan telah diperkenalkan, dengan maksimum 3 minit; peraturan ini masih digunakan sehingga kini.

Birthe Wilke dan Gustav Winckler pada akhir lagu mereka membuat adegan berciuman paling lama yang pernah ada dalam pertandingan — walaupun, hanya orang yang menonton melalui televisyen sahaja yang mampu melihatnya. Ini terjadi kerana ahli dari kakitangan penerbitan terlupa untuk memberikan tanda adegan berciuman itu perlu diakhiri.

Pertandingan ini ialah pertama kalinya di mana juri dihubungi melalui telefon. Ini juga pertama kalinya Belanda memenangi pertandingan ini.