Persita Tangerang

Persita Tangerang
Persita logo (2020).svg
Nama penuhPersatuan Sepakbola Indonesia Tangerang
GelaranPendekar Cisadane
(Pahlawan Cisadane)
Ayam Wareng
(ms: Ayam Garang)
Nama pendekPTA
Diasaskan9 September 1953 (1953-09-09)
StadiumIndomilk Arena
(Kapasiti: 15,000)
PengerusiAhmed Rully Zulfikar
PengurusI Nyoman Suryanthara
JurulatihAlfredo Vera
LigaLiga 1
2024–25Liga 1, ka-11
Tapak sesawangLaman kelab
Kumpulan penyokongLa Viola
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Persatuan Sepak Bola Indonesia Tangerang (disingkat Persita atau Persita Tangerang) ialah sebuah kelab bola sepak Indonesia yang berpusat di Kabupaten Tangerang. Julukan Persita Tangerang adalah Ayam Wareng dan Pendekar Cisadane, dengan jersi berwarna violet, bukan warna Ungu. Ketika ini, Persita Tangerang bermain dalam liga tertinggi Indonesia, Liga 1. Pada 2002, kelab ini berjaya memperoleh tempat kedua secara nasional. Sebelum naik ke Liga 1 pada 2020, kali terakhir Persita Tangerang bermain dalam liga tertinggi Indonesia adalah ketika edisi 2014, yang ketika itu bernama Liga Super Indonesia.

Pada 2003, mereka mengambil bahagian dalam Kejuaraan Kelab ASEAN dan mencapai separuh akhir, tetapi kalah 2-1 dari pemenang kejohanan, Kingfisher East Bengal dari India; Persita berhasil memperoleh tempat ketiga dalam kejuaraan tersebut