Persidangan Pendukung Monarki Antarabangsa

Persidangan Pendukung Monarki Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Monarchist Conference. Bahasa Perancis: Conférence Monarchiste Internationale) atau IMC merupakan sebuah perkumpulan badan organisasi yang mendukung sistem pemerintahan monarki. Ia boleh dianggotai oleh semua badan atau pertubuhan politik, akhbar, majalah, laman sesawang, blog, persatuan-persatuan, kesatuan pekerja dan gerakan belia yang mendukung pemerintahan beraja.