Perserikatan

Perserikatan ialah pertandingan bola sepak amatur yang merupakan satu-satunya kejuaraan yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) sehingga Liga Sepak Bola Utama (Galatama), liga separa profesional, diasaskan pada tahun 1979. Pertandingan Perserikatan yang pertama diadakan di Kota Solo, Jawa Tengah, pada tahun 1931.

Antara tahun-tahun 1979 hingga 1994, liga-liga Galatama dan Perserikatan diadakan secara berasingan sehingga digabungkan ke dalam Liga Indonesia.