Persekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan

International Federation for Relief and Development (IFRD)

Persekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan (IFRD) merupakan gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai negara yang ibu pejabatnya kini di Malaysia. IFRD ditubuhkan sebagai platform untuk menyelaras usaha bantuan kemanusiaan, pengurusan bencana dan kebajikan kepada komuniti antarabangsa yang memerlukan.

Gabungan ini diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia dan dianggotai oleh NGO dari lebih 10 buah negara iaitu Sudan, India, Filipina, Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Turkiye, Bangladesh dan Mesir. Sejak tahun 2014, IFRD aktif dalam menyelaras bantuan kemanusiaan kepada umat Islam di Arakan (Myanmar), Gaza (Palestin), Syria, Pakistan, Bangladesh, Turkiye, Filipina serta beberapa negara Islam lain yang memerlukan.