Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | PFAM |
| Cogan kata | "Supporting the Players, Building the Game" ("Menyokong Pemain, Membangunkan Temasya") |
| Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
| Tapak web | pfam |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 2009 |
| Pengurusan | |
| Presiden | Rezal Zambery Yahya |
| Naib Presiden | Hairuddin Omar |
| CEO | Izham Ismail |
| Gabungan | Persatuan Bola Sepak Malaysia FIFPro |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Subang Jaya |
| Lokasi | |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (Inggeris: Professional Footballers Association of Malaysia; singkatan: PFAM) ialah pertubuhan perwakilan untuk pemain bola sepak profesional di Malaysia, ditubuhkan pada tahun 2009. Ia bergabung dengan organisasi pemain bola sepak profesional seluruh dunia, FIFPro, sejak 22 Oktober 2013. Ia telah didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 4 Ogos 2014.
PFAM tidak aktif selama beberapa tahun sehingga ia diaktifkan semula pada tahun 2013, dengan Hairuddin Omar dipilih sebagai presiden persatuan.
PFAM ialah pemangkin bagi kebajikan pemain bola sepak di Malaysia, sama ada yang masih aktif atau bersara. PFAM juga bertanggungjawab untuk anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM, diberikan kepada pemain terbaik di Malaysia setiap bulan.