Persatuan Industri Rakaman Jepun

Persatuan Industri Rakaman Jepun
ڤرساتوان ايندوستري راقمن جڤون
一般社団法人日本レコード協会
Kerangka
KependekanRIAJ
Jenis/bentuk sahPertubuhan, persatuan perdagangan 
Keanggotaan (2021)18 anggota utama, 20 anggota bersekutu dan 24 anggota sokongan
Anggota bagiArts and Culture Forum 
Tapak webwww.riaj.or.jp 
Sejarah
Ditubuhkan30 April 1942 (1942-04-30)
Pengurusan
Pengerusi dan CEOShunsuke Muramatsu (Sony Music)
Naib pengerusiShinji Hayashi (Avex Inc.)
Naoshi Fujikura (Universal Music)
Takashi Yoshimura (Pony Canyon)
Kazuyuki Kobayashi (Warner Music)
Pengarah urusan kanan dan COOYasuharu Hara
Pengarah urusan dan ketua pengarahYoichiro Hata
Lokasi
Ibu pejabatKita-Aoyama, Minato, Tokyo
Lokasi
Koordinat35°40′09″N 139°44′41″E / 35.669189°N 139.744656°E / 35.669189; 139.744656
Catatan kaki
sunting · sunting di Wikidata

Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ) merupakan kumpulan perdagangan yang terdiri daripada perbadanan-perbadanan yang terlibat dengan industri muzik. RIAJ dibentuk pada tahun 1942 sebagai Persatuan Kebudayaan Rakaman Fonogram Jepun dan mengguna pakai namanya yang terkini pada 1969. Beribu pejabat di Minato, Tokyo, RIAJ dianggotai oleh 18 syarikat ahli dan beberapa anggota bersekutu dan sokongan lain; sesetengah syarikat anggota merupakan cawangan di Jepun bagi perbadanan berbilang negara yang beribu pejabat di tempat lain.

Antara kegiatan RIAJ termasuklah mempromosikan jualan muzik, penguatkuasaan undang-undang hak cipta, kajian mengenai industri muzik di Jepun serta bertanggungjawab dalam memberi pengiktirafan terhadap album dan single di Jepun. Persatuan ini juga menerbitkan buku tahunan RIAJ, suatu ringkasan perangkaan jualan muzik hujung tahun serta mengedarkan pelbagai data yang lain.