Perpustakaan Negara Malaysia
| Perpustakaan Negara Malaysia ڤرڤوستاكأن نڬارا مليسيا | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Perpustakaan negara |
| Ditubuhkan | 1956, 1966 |
| No. telefon | +603-2687 1700 |
| Laman sesawang | www |
| Anggota bagi | Senarai: Komuniti GLAM Labs Antarabangsa, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa |
| Pengurusan | |
| Ketua pengarah | Salasiah Abdul Wahab |
| Lokasi | |
Lokasi di Kuala Lumpur Perpustakaan Negara Malaysia (Kuala Lumpur) Perpustakaan Negara Malaysia (Semenanjung Malaysia) Perpustakaan Negara Malaysia (Malaysia) | |
| Koordinat | 3°10′13.325″N 101°42′40.345″E / 3.17036806°N 101.71120694°E |
| Negara | Malaysia |
| Lokasi | Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, 50572 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Perpustakaan Negara Malaysia (atau PNM) (Jawi: ڤرڤوستاکاءن نݢارا مليسيا) ialah agensi yang bertanggungjawab menyimpan koleksi khazanah ilmu di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan masa hadapan. PNM telah ditubuhkan pada tahun 1966. Ketika itu, PNM hanyalah sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan kecil untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Perpustakaan Negara mula membuka Bahagian Rujukan kepada orang awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan.
Projek pembinaan bangunan PNM dimulakan pada 1978 di Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan PNM mencerminkan keperibadian Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu sementara konsep minda pula mempengaruhi seni bina dalaman. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. Bangunan ini siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1992.
PNM kini mempunyai 500 orang kakitangan dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah iaitu YBrs. Salasiah binti Abdul Wahab dan seorang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Encik Edy Irwan bin Zulkafli.