Peroksisom
Peroksosom ialah salah satu daripada organel-organel yang dijumpai di sitoplasma sel eukariot. Enzim-enzim peroksisom menjalankan tindak balas oksidatif, dan boleh menghasilkan hidrogen peroksida, serta berkebolan menguraikan molekul tersebut. Selain itu, peroksisom terlibat dalam penguraian asid-asid lemak berantai amat panjang, perantara asid-asid hempedu, asid D-amino dan poliamina.
Peroksisom pada pertama kalinya dihuraikan oleh pelajar kedoktoran Sweden, J. Rhodin pada 1954, dan dikenal pasti sebagai organel oleh ahli sitologi Belgium, Christian de Duve pada 1967.