Permaisuri Sin yang digulingkan
| Permaisuri Sin yang digulingkan 폐비 신씨 ڤرمايسوري سين يڠ دڬوليڠكن | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Permaisuri Joseon | |||||
| Tempoh | 1494 – 1506 | ||||
| Puteri Mahkota Joseon | |||||
| Tempoh | 1488 – 1494 | ||||
| Keputeraan | 15 Disember 1476 Kerajaan Joseon | ||||
| Kemangkatan | 16 Mei 1537 (umur 60) Kerajaan Joseon | ||||
| Pasangan | Yi Yung, Raja Yeonsan | ||||
| |||||
| Kerabat | Geochang Shin | ||||
| Ayahanda | Shin Seung-Seon | ||||
| Bonda | Puteri Jungmo | ||||
Permaisuri Jeinwondeok (Hangul제인원덕왕비; Hanja: 齊仁元德王妃; Jawi: ڤرمايسوري جينووندوق; 15 Disember 1476 - 16 Mei 1537), dari suku Geochang Shin, ialah isteri dan permaisuri Yi Yung, Raja Yeonsan, raja Joseon ke-10. Baginda ialah Permaisuri Joseon dari tahun 1494 hingga penggulingan suaminya pada tahun 1506, setelah itu baginda dikenali sebagai Permaisuri Sin yang digulingkan (폐비 신씨). Baginda tidak mendapat nama anumerta sebagai permaisuri setelah kemangkatannya.