Permaisuri Daemok
Permaisuri Daemok merupakan satu-satunya puteri raja Taejo. Permaisuri Daemok merupakan adik tiri kepada suaminya iaitu raja Gwangjeong. Perkahwinan ini dianggap sebagai perkahwinan politik kerana raja tidak mempunyai latar belakang keluarga yang kuat untuk menjadi pemerintah. Apabila raja mengahwini adik tirinya iaitu Daemok, raja telah mendapat sokongan dari orang ramai untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah Goryeo.