Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia
| Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia ڤرلمباݢاءن ڤرتي اسلام سمليسيا | |
|---|---|
| Jenis | Perlembagaan |
| Dibuat | Ogos – November 1951 |
| Disahkan | 24 November 1951 |
| Berkuat kuasa | Pindaan 2020: 18 Ogos 2020 |
| Lokasi | Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kechil, Pulau Pinang |
| Negara | Malaysia |
| Subjek | perlembagaan pertubuhan |
| Tujuan | Pembentukan Parti Islam Se-Malaysia |
| Catatan | |
| Pindaan terkini pada 18 Ogos 2020 | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia merupakan dokumen undang-undang yang diguna pakai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Edisi pertama perlembagaan ini, Undang-undang Tubuh Persatuan Islam Se-Malaya 1951 telah diluluskan dalam Persidangan Persatuan Ulamak Malaya yang berlangsung di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kechil, Pulau Pinang pada 24 November 1951.