Perlembagaan Pakistan
Perlembagaan Republik Islam Pakistan (Bahasa Urdu]]:آئین پاکستان) ialah undang-undang tertinggi Negara Pakistan. Perlembagaan ini merupakan tertinggi Pakistan yang mengenal pasti negara (kewujudan fizikal serta sempadannya), warga dan hak-hak asasi mereka, undang-undang perlembagaan serta peraturan, dan juga struktur-struktur negara mengikut perlembagaan serta penubuhan institusi-institusi negara dan angkatan tentera. Tiga bab pertama menetapkan peraturan, mandat dan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan: dewan perundangan, Parlimen dwidewan; eksekutif, cabang diketuai Perdana Menteri sebagai ketua eksekutif; dan badan kehakiman apeks persekutuan diketuai ketua hakim Mahkamah Agung. Perlembagaan meletakkan asas penubuhan jawatan Presiden Pakistan yang merupakan Ketua Negara yang perananannya lebih pada istiadat dan menjadi lambang perpaduan negara Pakistan.