Perkhidmatan pengehosan fail

Perkhidmatan pengehosan fail, perkhidmatan storan fail dalam talian, atau pusat media dalam talian merupakan sejenis perkhidmatan pengehosan Internet yang direka khusus untuk mengehos kandungan statik, biasanya fail besar yang bukan laman web. Lazimnya tapak seperti ini membenarkan capaian web dan FTP. Perkhidmatan ini boleh dioptimumkan untuk melayani ramai pengguna (seperti yang dibayangkan oleh istilah "pengehosan") atau untuk storan seorang pengguna sahaja (seperti yang dibayangkan oleh istilah "storan"). Perkhidmatan berkait adalah perkongsian video, perkongsian imej dan sandar jauh.