Perkadaran
Dalam matematik, dua pemboleh ubah dikatakan berkadar atau berada dalam hubungan perkadaran (juga kekadaran) jika kedua-duanya saling terkait melalui pendaraban dengan suatu pemalar. Misalnya, jika kedua-dua pemboleh ubah tersebut memiliki nisbah yang tetap atau malar, maka kedua-duanya tersebut disebut sebagai berkadar langsung/terus. Nilai pemalar (nisbah atau hasil darab) tersebut disebut sebagai koefisien/pemalar perkadaran.