Perjanjian Angkasa Lepas
| Perjanjian Angkasa Lepas | |
|---|---|
Perjanjian mengenai Prinsip yang Mentadbir Aktiviti Negara dalam Penerokaan dan Penggunaan Angkasa Lepas, termasuk Bulan dan Badan Angkasa Lain | |
Parti Penandatangan Bukan-parti | |
| Ditandatangani | 27 Januari 1967 di London, Moscow dan Washington, D.C. |
Berkuat kuasa | 10 Oktober 1967 |
| Syarat | 5 ratifikasi, termasuk Kerajaan depositari |
| Pihak | 117 |
Pemegang simpanan | Kerajaan United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris, Perancis, Rusia, Sepanyol dan Cina |
| Outer Space Treaty of 1967 di Wikisumber | |
| sunting | |
Perjanjian Angkasa Lepas (Jawi: ڤرجنجين اڠکاس لڤس), secara rasmi Perjanjian mengenai Prinsip yang Mentadbir Aktiviti Negara dalam Penerokaan dan Penggunaan Angkasa Lepas, termasuk Bulan dan Badan Angkasa Lain, ialah perjanjian pelbagai hala yang menjadi asa undang-undang angkasa antarabangsa. Dirundingkan dan digubal di bawah naungan PBB, ia dibuka untuk ditandatangani di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kesatuan Soviet pada 27 Januari 1967, berkuat kuasa pada 10 Oktober 1967. Setakat Mei 2025, 117 negara ialah pihak dalam perjanjian itu—termasuk semua negara pelayaran angkasa lepas utama—dan 23 lagi ialah penandatangan.