Perisai Krimea

Perisai Krimea
Krimschild
Perisai dengan latar belakang kelabu medan untuk anugerah kepada Tentera Darat
Nama rasmiKrimschild (de)
JenisLencana
Dianugerahkan untukPerkhidmatan aktif semasa kempen Krimea
NegaraReich Jerman
Disampaikan olehJerman Nazi
KelayakanAnggota tentera
KempenPerang Dunia Kedua
StatusTidak lagi digunakan
Diasaskan25 Julai 1942
Kali pertama25 Julai 1942
Kali terakhirOktober 1943
Jumlah anugerahKira-kira 250,000
Fil Marsyal Erich von Manstein (kanan) memakai Perisai Crimea pada lengan tuniknya
sunting · sunting di Wikidata

Perisai Krimea (Jerman: Krimschild) ialah satu anugerah ketenteraan Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Ia dianugerahkan kepada anggota tentera di bawah perintah Fil Marsyal von Manstein, termasuk unit-unit sokongan tentera laut dan udara, yang bertempur menentang Tentera Merah Soviet antara 21 September 1941 dan 4 Julai 1942 serta berjaya menawan wilayah Krimea (Krim dalam Bahasa Jerman). Ia dizahirkan pada 25 Julai 1942. Ia merupakan yang paling banyak diedarkan dalam kalangan pelbagai perisai kempen Jerman, dengan kira-kira 250,000 kurniaan.

Daripada 21 September 1941 hingga 4 Julai 1942 askar Jerman telah berdepan dengan tentangan sengit dari tentera Rusia sewaktu cuba menawan pelabuhan-pelabuhan penting Laut Hitam sekitar Sevastopol. Kempen yang sukar ini telah diiktiraf dalam bentuk perisai.