Periodontium
| Periodontium | |
|---|---|
Tisu periodontium bergabung untuk membentuk kumpulan tisu yang aktif dan dinamik. Tulang alveolus (C) dikelilingi kebanyakannya oleh tisu penghubung subepitelium gingiva, dengan itu pula dilitupi aneka epitelium gingiva. Simentim yang melapisi akar gigi dipasang terhadap permukaan korteks tulang alveolus bersebelahan oleh kresta alveolus (I) dan serat ligamen periodontum mengufuk (J) dan oblik (K). | |
| Butiran | |
| Pengenalpastian | |
| nama bahasa Latin | periodontium |
| MeSH | D010519 |
| TA | A05.1.03.058 A03.1.03.002 |
| Terminologi anatomi | |
Periodontium (daripada Yunani περί (peri-), bermaksud "keliling", dan -odont, bermaksud "gigi") ialah tisu khusus yang mengelilingi dan menyokong gigi, mengekalkannya dalam tulang rahang atas dan rahang bawah. Periodontik ialah kepakaran pergigian yang berkaitan khusus berkenaan penjagaan dan penyelenggaraan tisu-tisu ini. Ia menyediakan sokongan yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi gigi. Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu:
- Gingiva (gusi)
- Ligamen periodontum (PDL)
- Simentum
- Tulang alveolus jati
Setiap komponen ini berbeza daripada segi lokasi, binaan dan sifat biokimia yang menyesuaikan diri sepanjang hayat struktur. Sebagai contoh, apabila gigi bertindak balas kepada daya atau bergerak secara medial, tulang menyerap di bahagian tekanan dan ditambah pada bahagian ketegangan. Simentum juga menyesuaikan diri untuk dipakai pada permukaan oklusal gigi dengan pemendapan apikal. Ligamen periodontum itu sendiri adalah kawasan pusing ganti yang tinggi yang membolehkan gigi bukan sahaja digantung dalam tulang alveolus tetapi juga untuk bertindak balas terhadap daya. Oleh itu, walaupun kelihatan statik dan mempunyai fungsi tersendiri, kesemua komponen ini berfungsi sebagai satu unit. Antagonis isyarat Wnt Sfrp3/Frzb telah ditemui baru-baru ini sebagai penanda perkembangan awal periodontium.