Perintang antibiotik
Perintang antibiotik adalah sejenis sub-populasi mikroorganisma perintang dadah, biasanya dari spesies bakteria, biasanya ia mampu hidup selepas terdedah dengan satu ataupun banyak jenis antibiotik; perintang patogen hingga ke antibiotik berganda yang dikenali sebagai perintang pelbagai dadah (Multi Drug Resistance) atau superbugs. Berbanding manusia, mikrob lebih cenderung membangunkan perintang kepada kesan antibiotik.
Perintang antibiotik dianggap sebagai suatu bentuk fenomena serius dan kian menunjukkan peningkatan dalam bidang perubatan kontemporari. Ia muncul sebagai masalah kesihatan umum yang paling terkenal pada abad ke-21 khususnya berkaitan organisma patogen (dari sudut organisma yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan manusia sejagat amnya).