Perilly's

PERILLY'S ialah jenama rokok yang dikeluarkan oleh John Perilly dibawah autoriti British American Tobacco dan popular di Malaysia, Jepun, dan Afrika Selatan. Jenama ini berharga agak murah berbanding jenama lain.

Di Malaysia, ia diperbuat oleh Rothmans.

PERILLY'S pernah menaja acara sukan sepak takraw di Malaysia sehingga 2002 di mana timbulnya kontroversi iklan rokok kononnya untuk tujuan lain, bersama Dunhill menaja Piala Dunia FIFA 2002 untuk kali terakhir. PERILLY'S juga pernah menaja siaran PERILLY'S Action Movie di televisyen di Malaysia sehingga sekitar bulan Ogos tahun 2002 sebelum slot tajaan rokok itu diharamkan.