Pergunungan Sarawat
| Pergunungan Sarawat | |
|---|---|
| Sarat | |
Pergunungan Sarawat kawasan Al-Bahah, Arab Saudi. | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 3,666 m (12,028 ka) |
| Geografi | |
Pergunungan Sarawat Pergunungan Sarawat | |
Pergunungan Sarawat (Bahasa Arab: جِبَالُ ٱلسَّرَوَاتِ, Rumi: Jibāl as-Sarawāt), juga dikenali sebagai Sarat dalam bentuk mufrad, ialah sebahagian daripada Pergunungan Hijaz di bahagian barat Semenanjung Arab. Dalam erti kata yang luas, lokasinya selari dengan pantai timur Laut Merah merangkumi pergunungan Fifa', 'Asir dan Taif (juga termasuk Pergunungan Midian). Dalam erti kata yang sempit, titik mula pergunungan Sarawat adalah di bandar Taif di Arab Saudi, lalu memanjang ke Teluk Aden di selatan, mencakupi seluruh pantai barat Yaman iaitu kawasan yang dahulunya ialah Yaman Utara dan memanjang ke arah timur menjadi sebahagian daripada apa yang dahulunya ialah Yaman Selatan, sekaligus selari dengan Teluk Aden.