Pergolakan sivil
Pergolakan sivil (Jawi: ڤرڬولكن سيۏيل) ialah kegiatan yang timbul daripada tindakan ketidakpatuhan masyarakat secara besar-besaran (seperti demonstrasi, rusuhan, atau mogok) di mana para peserta menentang pihak berkuasa, dan keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Situasi ini, dalam bentuk apa pun, mengganggu undang-undang dan ketenteraman awam.