Perdana Menteri Yunani

Perdana Menteri
Republik Yunani
Πρωθυπουργός της Ελληνικής Δημοκρατίας
Jata pemerintah
Penyandang
Kyriakos Mitsotakis
sejak 26 Jun 2023
StatusKetua pemerintahan
Anggota bagiMinisterial Council of Greece (en)
Lapor kepadaParlimen dan Presiden
Bidang kuasaYunani
KediamanRumah Agam Maximos
Dilantik olehPresiden Yunani
Tempoh jawatan4 tahun
Penjawat sulungSpyridon Trikoupis
Dibentuk13 Januari 1822
Timbalan/naibNaib Perdana Menteri
Gaji74,437 setahun
SenaraiList of prime ministers of Greece (en)
Tapak webPrime Minister's Office
sunting · sunting di Wikidata

Perdana Menteri Yunani (Yunani: Πρωθυπουργός της Ελλάδας, Pro̱thypourgós ti̱s Elládas), atau secara rasminya Perdana Menteri Republik Yunani (Yunani: Πρωθυπουργός της Ελληνικής Δημοκρατίας, Pro̱thypourgós ti̱s Elli̱nikí̱s Di̱mokratías), merupakan ketua pemerintah Republik Yunani Kelima serta kabinetnya. Jawatan ini dirujuk dalam Perlembagaan Yunani sebagai "Presiden Pemerintah" (Πρόεδρος της Κυβερνήσεως, Próedros ti̱s Kybernēseo̱s), maka penjawat pejabat ini turut dianggap dan digelar sebagai seorang "Presiden". Perdana Menteri Yunani dilantik secara rasminya oleh presiden negara tersebut.

Penyandang terkini jawatan ini ialah Kyriakos Mitsotakis yang memulakan jawatannya pada 26 Jun 2023.