Perdana Menteri Maghribi

Ketua Kerajaan
Maghribi
رئيس حكومة المملكة المغربية
Jata Maghribi
Penyandang
Saadeddine Othmani
sejak 17 Mac 2017
Anggota bagiCabinet of Morocco (en)
Bidang kuasaMaghribi
Dilantik olehMohammed VI
Penjawat sulungMbarek Bekkay
Dibentuk7 Disember 1955 (1955-12-07)
Gaji62,500 USD setahun
SenaraiList of heads of government of Morocco (en)
Tapak web:::موقع رئيس الحكومة:::
sunting · sunting di Wikidata

Perdana Menteri Maghribi atau gelaran rasminya "Ketua Kerajaan Maghribi" (Arab: رئيس الحكومة المغرب, rumi: Ra'īs al-Ḥukūmat al-Maghrib, Perancis: Chef du gouvernement du Maroc) bertindak mengetuai pemerintahan Kerajaan Maghribi setaraf jawatan perdana menteri yang ada di negara-negara lain. Pemegang jawatan ini dilantik Raja Maghribi daripada pemimpin parti terbesar yang mengerusi utama dalam Parlimen negara tersebut. Perlembagaan Maghribi memberi kuasa eksekutif terhadap pihak kerajaan dan membenarkan ketua kerajaan menguruskan kabinetnya, gabenor wilayah dan para duta untuk menyelia perihal kerajaan serta pengurusan perkhidmatan, di samping berupaya membubarkan dewan bawahan Parlimen berdasarkan perkenan Raja.