Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Kerajaan Malaysia
Intisari kerajaan
Dibentuk3 Mac 2003 (2003-03-03)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 5, Menara MyIPO, PJ Sentral, Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Menteri bertanggungjawab
Agensi induk
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
Dokumen penting
Laman sesawang
www.myipo.gov.my

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah sebuah perbadanan yang bertanggujawab untuk membangun dan mengurus sistem harta intelek di Malaysia. Ia telah diperbadankan mengikut Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 pada 3 Mac 2003 oleh Dewan Negara Malaysia. Tujuan perbadanan ini ialah mewujudkan satu badan berkanun bagi menguruskan permohonan pendaftaran seterusnya menyelia beberapa akta perlindungan bagi semua komponen harta intelek. MyIPO dianggotai oleh 8 anggota perbadanan yang berkuasa bagi membuat sebarang keputusan tertinggi dengan seorang Ketua Pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif dengan bantuan dua timbalan ketua pengarah operasi dan harta intelek.