Perangkak web

Perangkak sesawang atau perangkak web (web crawler) ialah sejenis bot Internet yang menyelusuri laman dan tapak dalam Jaringan Sejagat untuk tujuan pengindeksan web. Bot jenis ini paling digunakan enjin carian untuk mengemaskini kandungan hasil carian mereka mahupun daripada indeks laman web lainnya.