Perang saudara Sudan (2023–kini)
| Pertempuran Sudan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Situasi ketenteraan setakat Jun 2024 Dikuasai oleh Angkatan Tentera Sudan Dikuasai oleh Pasukan Sokongan Cepat Dikuasai oleh SPLM-N (al-Hilu) Dikuasai oleh SLM (al-Nur) Dikuasai oleh Pasukan Perlindungan Darfur | ||||||||||
| ||||||||||
| Orang yang berperang | ||||||||||
|
Kerajaan Sudan Angkatan Pertahanan Popular SPLM-N (Agar) SLM (Tambour) (sejak Ogos 2023) Pergerakan Keadilan dan Kesaksamaan (sejak November 2023) SLM (Minnawi) (sejak November 2023) Ukraine |
Pasukan Sokongan Cepat Tamazuj (sejak Ogos 2023) |
SPLM-N (al-Hilu) (sejak Jun 2023) SLM (al-Nur) Parti Komunis Sudan | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | ||||||||||
|
Abdel Fattah al-Burhan Gibril Ibrahim |
Hemedti Abdelrahim Dagalo Abdel Rahman Jumma |
Abdelaziz al-Hilu Abdul Wahid al-Nur Muhammad Mukhtar al-Khatib | ||||||||
| Kekuatan | ||||||||||
| 110,000–120,000 | 70,000–150,000 | Tidak diketahui | ||||||||
| Kerugian dan korban | ||||||||||
|
15,000–150,000 dibunuh 7,262,187 pelarian dalaman 2,170,592 pelarian | ||||||||||
Pada 15 April 2023, pertempuran meletus di seluruh Sudan, terutamanya di ibu kota di Khartoum dan wilayah Darfur, antara pihak-pihak bersengketa dalam kerajaan tentera. Setakat 19 April, sekurang-kurangnya 300 orang telah maut.
Pertempuran telah bermula dengan serangan yang dilakukan oleh pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Cepat (Rapid Support Forces) (RSF) ke atas tapak-tapak kerajaan. Serangan udara, artileri dan tembakan senjata berat telah dilaporkan berlaku di seluruh Sudan termasuk di ibu kota, Khartoum. Setakat 15 April 2023, kedua-dua pemimpin RSF, Mohamed Hamdan Dagalo dan pemimpin de facto Abdel Fattah al-Burhan mendakwa telah berjaya menguasai tapak-tapak penting kerajaan, termasuk ibu pejabat tentera, Istana Presiden, Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, kediaman rasmi panglima tentera darat dan ibu pejabat Sudan TV.