Perang Sertorius
| Perang Sertorius | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perang Saudara Rom | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Golongan buangan popularis Rom Iberia asli | Senat Rom ⟨optimates⟩ | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Quintus Sertorius Lucius Hirtuleius † Marcus Perperna † Gaius Herennius † |
Metellus Pius Pompey Lucius Fufidius Gaius Aurelius Cotta M. Domitius Calvinus † Lucius Thorius Balbus † Quintus Calidius Lucius Manlius | ||||||
Perang Sertorius merupakan sebuah perang saudara yang berlangsung dari tahun 80 hingga 71 SM antara pecahan pemberontak Rom (Sertorius) dan kerajaan pusat Rom (Sulla). Perang ini tercetus di Semenanjung Iberia (dikenali sebagai Hispania oleh orang Rom) dan merupakan salah satu perang saudara Rom pada abad pertama sebelum Masihi. Pengikut Sertorius terdiri daripada gabungan orang asli Iberia dan pemberontak Rom yang menentang perwakilan rejim Sulla. Nama peperangan ini diambil daripada nama Quintus Sertorius, seorang ketua pemberontak. Konflik ini telah menyaksikan Sertorius berjaya menggunakan taktik perang gerila. Perang ini berakhir selepas Sertorius telah dibunuh oleh Marcus Perperna sebelum dia dikalahkan oleh Pompey.