Perang Senapang Lantak
Perang Senapang Lantak (bahasa Inggeris: Musket Wars) dilangsungkan melalui sebanyak 3,000 pertempuran dan serbuan di seluruh kawasan New Zealand (termasuk Kepulauan Chatham) di Polynesia antara puak-puak peribumi Māori dari sekitar tahun 1807 hingga 1845 setelah masyarakat tersebut mula-mula memperoleh teknologi senjata senapang lantak yang baharu lalu bersaing merebut kekuasaan kawasan antara satu sama lain atau untuk membalas dendam daripada kekalahan masa lalu.
Pertempuran mengakibatkan kematian sebanyak antara 20,000 hingga 40,000 orang serta ribuan orang lain diperhambakan seterusnya mengubah perbatasan wilayah (rohe) dengan ketaranya sebelum pemerintahan jajahan pada tahun 1840-an. Peristiwa berturutan ini dianggap sebagai contoh paling utama pertembungan antara tamadun-tamadun peribumi dengan orang Eropah yang menjelajah mengenal kawasan baharu hasil pelayaran dari tempat asal mereka.