Perang Saudara Uthmaniyyah

Templat:Ottoman Interregnum battles Zaman Peralihan Uthmaniyah, atau Perang Saudara Uthmaniyah (20 Julai 1402 – 5 Julai 1413; Turki: Fetret Devri, "Zaman Peralihan"), merujuk pada sebuah perang saudara di empayar Uthmaniyyah yang berlaku di antara anak lelaki kepada Sultan Bayezid I selepas kekalahan bapa mereka kepada panglima perang daripada Asia Tengah iaitu Timur dalam Pertempuran Ankara pada 20 Julai 1402. Meskipun Mehmed Çelebi telah disahkan menjadi sultan oleh Timur, abang-abang beliau İsa Çelebi, Musa Çelebi, Süleyman Çelebi, dan kemudian Mustafa Çelebi, enggan mengakui kekuasaan beliau, yang mana setiap orang menuntut takhta untuk diri mereka sendiri. yang mana kemudian menyebabkan tercetusnya perang saudara. Zaman Peralihan ini berlangsung selama 11 tahun sehingga Pertempuran Çamurlu pada 5 Julai 1413, apabila Mehmed Çelebi muncul sebagai pemenang dan mengistiharkan beliau sebagai sultan Mehmed I, dan memulihkan empayar Uthmaniyah.