Perang Rom–Syria

Perang Rom–Syria

Greece dan Aegean menjelang Perang Macedonian Kedua (200 SM).
Tarikh192-188 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan pakatan anti Syria, Perjanjian Apamea
Perubahan
wilayah
Caria Lycia selatan Sungai Meander, daratan di utara Meander dan sehingga pergunungan Taurus ke Pergamum.
Pihak yang terlibat
Empayar Seleucid,
Liga Aetolian,
Athamania
Rom,
Liga Achaean,
Macedon,
Pergamum,
Rhodes
Komandan dan pemimpin
Antiochus Si Agung,
Hannibal
Aemilius Regillus,
Scipio Asiaticus,
Eumenes II dari Pergamum,
Philip V dari Macedon

Perang Rom–Syria (192 SM - 188 SM), juga dikenali sebagai Perang Antiochos atau Perang Syria, adalah satu konflik di antara dua pihak yang bertikai diketuai oleh Republik Rom dan Empayar Seleucid di bawah pimpinan Antiochus Si Agung. Pertempuran berlaku di Greece, Laut Aegean dan Asia Kecil.

Perang ini merupakan akibat daripada "perang dingin" antara kedua kuasa, yang mana telah bermula pada tahun 196 SM. Dalam tempoh ini, Rom dan Seleucid telah cuba menyelesaikan lingkungan pengaruh dengan membuat persekutuan dengan kuasa-kuasa kecil Greek.

Pertempuran tamat dengan kemenangan kepada Rom. Dalam Perjanjian Apamea, Seleucid telah dipaksa untuk menyerahkan Asia Kecil, yang mana jatuh kepada sekutu Rom. Keputusan utama dari perang ini, Empayar Rom mendapat hegemoni ke atas Greece dan menjadi satu-satunya kuasa utama yang masih ada di Laut Mediterranean.