Perang Punic Ketiga

Perang Punic Ketiga
Sebahagian daripada Perang-perang Punic

Kedudukan kota Carthage
Tarikh149 SM146 SM
Lokasi
Carthage (berdekatan Tunis moden)
Keputusan Kemenangan Rom, Carthage dijarah.
Pihak yang terlibat
Republik Rom Carthage
Komandan dan pemimpin
Scipio Aemilianus Hasdrubal the Boeotarch
Kekuatan
40,000 tentera 120,000+:
90,000 anggota pertahanan,
30,000+ orang awam
Kerugian dan korban
17,000 terbunuh 62,000 terbunuh,
50,000 dihambakan

Perang Punic Ketiga (149 SM hingga 146 SM) adalah perang ketiga dan terakhir yang berlaku di dalam Perang-perang Punic di antara bekas jajahan Phoenicia di Carthage, dengan Republik Rom. Perang-perang Punic mendapat namanya dari nama Rom purba bagi orang Carthage: Punici, atau Poenici.

Perang ini merupakan satu pertempuran dalam skala yang lebih kecil berbanding dua peperangan Punic sebelumnya. Ia terdiri dari satu pertempuran sahaja iaitu Pertempuran Carthage, yang menyebabkan kota Carthage musnah sepenuhnya, pendudukan wilayah Carthage yang selebihnya oleh Rom, dan kematian atau perhambaan ke atas keseluruhan rakyat Carthage. Perang Punic Ketiga juga menamatkan kewujudan kemerdekaan Carthage.