Perang Parsi-Rusia
Perang Parsi-Rusia atau Perang Iran-Rusia adalah satu siri-siri peperangan yang berlaku antara Empayar Rusia dan Empayar Parsi antara kurun ke-17 sehingga kurun ke-19. Rusia sebagai sebuah kuasa yang meningkat naik, mula menyaingi hegemoni Turki Uthmaniyyah dan Safawiyyah Iran (diiukuti oleh Afsharid dan Qajar Iran) di kawasan Laut Hitam, Laut Kaspia, dan paling penting di Kaukasus. Semua peperangan Parsi-Rusia tertumpu di kawasan Kaukasus. Sepanjang sejarahnya, Transkaukasia (kini terdiri daripada Georgia, Azerbaijan dan Armenia) dan sebahagian besar Dagestan biasanya dimasukkan ke dalam dunia Iran. Sepanjang kurun ke-19, Empayar Rusia menakluk wilayah daripada Qajar Iran.