Perang Bulgaria-Serbia

Perang Bulgaria-Serbia

Lukisan pasukan Bulgaria menyeberangi sempadan oleh Antoni Piotrowski
Tarikh14–28 November 1885 (N. S.)
Lokasi
Serbia Timur dan Bulgaria Barat
Keputusan

Kemenangan Bulgaria

Pihak yang terlibat
 Kerajaan Serbia Bulgaria
Komandan dan pemimpin
Milan I
Petar Topalović
Milojko Lešjanin
Alexander I
Atanas Uzunov
Danail Nikolaev
Kekuatan
60,000 askar 50,000 askar
Kerugian dan korban
770 mati
4,570 cedera
550 mati
4,232 cedera

Perang Bulgaria-Serbia (Bahasa Bulgaria: Сръбско-българска война, Serbia: Српско-бугарски рат, Srpsko-bugarski rat) merujuk pada peperangan yang terjadi antara kerajaan beraja Serbia dan Prinsipaliti Bulgaria yang berlaku pada 14 November [G.L.: 2 November] 1885 dan berlangsung sehingga 28 November [G.L.: 16 November] 1885. Serbia memulakan perang tetapi akhirnya dikalahkan. Austria menuntut agar Bulgaria menghentikan serangannya, dan satu gencatan senjata dihasilkan. Perjanjian damai akhirnya ditandatangani pada 3 March [G.L.: 19 February] 1886 di Bucharest. Sempadan lama tidak berubah. Ekoran perang ini, kuasa-kuasa Eropah mengakui tindakan penyatuan Bulgaria yang berlaku pada 18 September [G.L.: 6 September] 1885.