Perang Baekje–Tang

Perang Baekje–Tang
Tarikh660 (kerajaan)
660–663 (penentangan)
Lokasi
Keputusan Kemenangan Tang China dan Silla
Perubahan
wilayah
Pengilhakan Baekje oleh Tang
Pihak yang terlibat
Tang
Silla
Baekje
Yamato
Goguryeo
Komandan dan pemimpin
Su Dingfang
Liu Rengui
Kim Chun-Chu
Gim Yu-sin
Uija dari Baekje
Buyeo Yung
Gyebaek
Gwisil Boksin

Perang Baekje–Tang berlaku antara Baekje dan pasukan perikatan Tang dan Silla antara tahun 660 dan 663. Dalam beberapa hal, ini merupakan sampingan kepada Perang Goguryeo–Tang pada masa itu. Setelah banyak serangan oleh pasukan gabungan Baekje dan Goguryeo, Raja Muyeol dari Silla meminta pertolongan dari Maharaja Gaozong dari Tang untuk menolong kerajaannya yang mula lemah. Maharaja Gaozong mengabulkan permintaannya dan melancarkan pencerobohan Baekje pada tahun 660. Setelah penaklukan Baekje pada akhir tahun itu, pasukan setia dari Baekje dengan bantuan sekutu Yamato berusaha menentang penjajahan ke atas kerajaan mereka sehingga kedua-dua pasukan sekutu itu hancur pada tahun 663.