Perang Ain Jalut

Pertempuran Ain Jalut
Sebahagian daripada Pencerobohan Mongol terhadap Palestin
Tarikh3 September 1260 M
Lokasi
Ain Jalut, Galilee
Keputusan Kemenangan muktamad Mamluk
Pihak yang terlibat
Kesultanan Mamluk Empayar Mongol
Kerajaan Georgia
Armenia Cilicia
Komandan dan pemimpin
Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz
Baibars
Kitbuqa  
Unit terlibat
Pasukan berkuda ringan dan pemanah berkuda, pasukan berkuda berat, infantri, pasukan meriam tangan Tentera berkuda dan pemanah berkuda, 500 satria Armenia Cilicia dan para pengikut, infantri
Kekuatan
20,000 20,000 termasuk
Kerugian dan korban
berat kemusnahan hampir seluruh tentera

Pertempuran Ain Jalut (atau Ayn Jalut, Arab: عين جالوت, "Mata Air Jalut") berlangsung pada 3 September 1260 antara Mamluk Mesir dan Mongol di Palestin, iaitu di Lembah Jezreel, Galilee.

Selepas setiap kekalahan di medan tempur, pihak Mongol sentiasa pulang kembali ke medan tersebut untuk menebus kekalahan mereka, dan akhirnya menewaskan musuh mereka. Pertempuran Ain Jalut menandakan kali pertama mereka gagal melakukan demikian. Ketua Ilkhanat Mongol, Hulagu Khan tidak dapat mara ke dalam Mesir, dan Kekhanan yang diasasnya di negara Parsi hanya dapat menewaskan Mamluk sekali dalam serangan-serangan terkemudian, dengan menakluk Syria dan beberapa wilayah Galilee buat beberapa bulan dalam tahun 1300 M.