Peperangan Islam-Rom Byzantine
| Peperangan Arab Islam-Rom Byzantine | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Penaklukan Islam | |||||||||
Senjata penyembur api, pertama kali digunakan tentera laut Byzantine semasa Peperangan Islam-Rom Byzantine. | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
|
Empayar Byzantine, Arab Ghassanid, Empayar Bulgaria (kemudian), Kerajaan Hungary (kemudian) |
Kerajaan Islam Madinah Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Bani Ummaiyyah Kerajaan Bani Abbasiyyah Empayar Turki Uthmaniyyah | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
| Empayar Byzantine | Nabi Muhammad SAW , Khalifah-khalifah al-Rasyidin,Khilafah Ummayyah, kemudian Abbassiyyah, kemudian Uthmaniyyah | ||||||||
Peperangan Islam-Rom Byzantine merujuk kepada pertempuran antara tentera Islam Arab dengan tentera Empayar Rom Byzantine yang rata-ratanya penganut Kristian. Peperangan ini berlaku dalam tempoh yang paling lama dalam sejarah peperangan manusia iaitu selama 820 tahun dari tahun 633 M hinggalah ke tahun 1453 M.
Pertempuran ini berlaku peringkat awalnya di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW iaitu Perang Mu'tah dan Perang Tabuk dan kerajaan Khulafa al-Rasyidin di sekitar tahun 633M sehingga 655M. Kemudian diikuti dengan Kerajaan Bani Ummaiyyah daripada tahun 661M sehingga 1031M, Bani Abbasiyyah yang membawa kepada siri Perang Salib dari tahun 1091M hingga tahun 1291M, hinggalah ke kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berjaya menamatkan empayar Rom Byzantine pada sekitar Mei tahun 1453M.