Penyerlahan sintaks

Penyerlahan sintaks merujuk kepada ciri pada penyunting teks yang membolehkan teks—biasanya kod sumber—sesebuah dipaparkan dengan warna-warna atau fon tertentu berdasarkan kategori istilah tertentu. Ciri ini memudahkan pengarangan dalam bahasa berstruktur seperti bahasa pengaturcaraan dan bahasa penanda, sedang strukturnya dan ralat sintaksnya dapat dilihat.