Penyerahan kalah Jerman di Lüneburg Heath
Pada 4 Mei 1945 di Lüneburg Heath, timur Hamburg, Fil Marsyal Sir Bernard Law Montgomery menerima penyerahan kalah tanpa syarat angkatan bersenjata Jerman di Belanda, di barat laut Jerman termasuk semua pulau, dan di Denmark dan semua kapal tentera laut di kawasan tersebut. Penyerahan kalah ini memulakan pengakhiran Perang Dunia II di Eropah dan telah ditandatangani dalam kemah berkarpet di markas Montgomery di atas bukit Timeloberg di Wendisch Evern.