Penyatuan Yaman

Penyatuan Yaman berlaku pada 22 Mei 1990, apabila negara Republik Demokratik Rakyat Yaman (juga dikenali sebagai Yaman Selatan) bersatu dengan Republik Arab Yaman (juga dikenali sebagai Yaman Utara) bagi membentuk sebuah negara yang dikenali sebagai Republik Yaman (singkatan Yaman).