Penyarikataan tertutup
Sari kata tertutup atau kapsyen tertutup (dari bahasa Inggeris: Closed captioning) ialah paparan sari kata pada skrin televisyen oleh komputer talian tertutup untuk membolehkan orang yang sukar mendengar membaca apa yang sedang diperkatakan dalam rancangan televisyen atau untuk memaparkan sari kata terjemahan. Ia biasanya paparkan bunyi dan pertuturan yang berlaku, dan juga perihal bukan perbualan seperti bunyi haiwan dan muzik.