Terjemahan mesin
Terjemahan Mesin (Machine translation) (MT) adalah proses mengalihbahasa atau terjemahan automatik daripada satu bahasa kepada bahasa lain yang dilakukan oleh komputer. Proses terjemahan automatik daripada satu bahasa kepada bahasa lain merupakan salah satu matlamat terawal dalam Sains Komputer. Bagaimanapun, terjemahan mesin terbukti sebagai satu matlamat yang sukar dicapai. Pada hari ini terdapat beberapa sistem terjemahan mesin yang mampu menghasilkan hasil terjemahan yang mana, sungguhpun tidak sempurna, tetapi adalah cukup berkualiti untuk digunakan dalam beberapa dari bidang, dan sebagai alat untuk membantu penterjemah manusia.