Pentas Terapung Teluk Marina
| Pentas Terapung Teluk Marina The Float at Marina Bay | |
|---|---|
| Lokasi | Teluk Marina, Singapura |
| Koordinat | 1°17′18″N 103°51′32″E / 1.28833°N 103.85889°E |
| Pecah tanah | 2006 |
| Dibuka | 2007 |
| Pemilik | Majlis Sukan Singapura |
| Pengendali | Majlis Sukan Singapura |
| Permukaan | Keluli |
| Arkitek | Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan |
| Kapasiti | 30,000 |
| Penyewa | |
| Majlis Sukan Singapura Sukan Olimpik Belia Singapura 2010 | |
Pentas Terapung Teluk Marina (Inggeris: The Float@Marina Bay atau The Float at Marina Bay) merupakan pentas terapung yang terbesar di dunia. Ia terletak di Takungan Marina, Teluk Marina, Singapura. Dibuat sepenuhnya daripada keluli, pentas terapung ini berukuran 120 meter panjang dan 83 meter lebar, dimana ia 5% lebih besar daripada padang bola sepak di Stadium Nasional Singapura. Pentas ini boleh menmpung sehingga 9,000 orang dan 3 kenderaan tentera yang masing-masing mempunyai berat berjumlah 30 tan.