Pentas Akhir Piala AFC 2018

Pentas Akhir Piala AFC 2018
PeristiwaPiala AFC 2018
Tarikh27 Oktober 2018 (2018-10-27)
TempatBandar Sukan Basra, Basra
Permain terbaikHammadi Ahmad (Al-Quwa Al-Jawiya)
PengadilAbdulrahman Al-Jassim (Qatar)
Kehadiran24,665
Cuaca19 °C (66 °F)
2017
2019

Pentas Akhir Piala AFC 2018 adalah perlawanan akhir Piala AFC 2018, edisi ke-15 Piala AFC, sebuah pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Perlawanan akhir itu ditandingi sebagai perlawanan tunggal antara Al-Quwa Al-Jawiya dari Iraq dan Altyn Asyr dari Turkmenistan. Perlawanan itu dihoskan oleh Al-Quwa Al-Jawiya di Bandar Sukan Basra di Basra pada 27 Oktober 2018.

Al-Quwa Al-Jawiya memenangi perlawanan akhir 2-0 untuk gelaran Piala AFC ketiga berturut-turut.