Penjara Pusat Baghdad

Penjara Pusat Baghdad atau dahulu Penjara Abu Ghraib (Arab: سجن أبو غريب Sijn Abu Ghuraib) ialah sebuah penjara yang terletak di bandar Abu Ghraib, Iraq, 32 kilometer di barat Baghdad. Bangunan penjara ini merangkumi 280 ekar (115 ha) dengan jumlah 24 menara kawalan. Terdapat lima kawasan berpagar dalam kawasan tersebut. Sel tahanan dalam penjara tersebut seluas empat kali empat meter dan mengurung 40 tahanan setiap satu. Ketika dalam pemerintahan rejim Ba'ath, ia dikenali sebagai Penjara Abu Ghraib (atau Pusat Penyeksaan Saddam) dan mempunyai reputasi sebagai pusat penyeksaan.