Pengurusan kandungan

Pengurusan kandungan adalah proses untuk mencipta, menyunting, menyimpan, menyusun, dan menerbitkan kandungan digital pada web. Kandungan digital boleh mengambil bentuk teks, seperti dokumen, fail multimedia (misalnya, fail audio atau video), atau mana-mana jenis fail lain yang kitar hayat kandungannya perlu diuruskan.