Penguraian terma

Penguraian terma (atau termolisis ) ialah sebuah penguraian kimia yang disebabkan oleh haba. Suhu penguraian bahan ialah suhu apabila bahan itu terurai secara kimia. Tindak balas biasanya bersifat endotermik kerana haba diperlukan untuk memecahkan ikatan kimia dalam sebatian yang mengalami penguraian. Jika penguraian cukup eksotermik, gelung suap balik (feedback loop) positif tercipta menghasilkan pelarian haba dan mungkin letupan atau tindak balas kimia lain.