Penglihatan malam

Penglihatan malam ialah keupayaan melihat dalam keadaan yang rendah cahaya. Baik secara semula jadi mahupun dengan bantuan teknologi, penglihatan malam dibolehkan oleh julat spektrum dan julat keamatan yang mencukupi. Manusia kurang mampu melihat pada waktu malam berbanding dengan kebanyakan haiwan, serba sedikit disebabkan mata manusia yang kekurangan tapetum lucidum.