Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina

Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina
Proclamació de la independència del poble filipí
JenisPerisytiharan kemerdekaan 
DibuatMei–Jun 1898
Disahkan12 Jun 1898 (dikuatkuasakan)
September 29, 1898 (diratifikasikan Kongres Malolos)
LokasiPerpustakaan Negara Filipina
NegaraFilipina 
PengarangAmbrosio Rianzares Bautista
Emilio Aguinaldo
Penandatangan98 Orang wakil
TujuanMengisytiharkan kemerdekaan dan kedaulatan Filipina daripada penjajahan Sepanyol
sunting · sunting di Wikidata

Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina (bahasa Filipina: Pagpapahayag ng Kasarinlan ng Pilipinas) telah diisytiharkan pada 12 Jun 1898 di Cavite II el Viejo (kini Kawit, Cavite), Filipina. Pembacaan awam Akta Pengisytiharan Kemerdekaan (Sepanyol: Acta de la proclamación de independencia del pueblo Filipino; bahasa Filipina: Paggawa ng Proklamasyon ng Kasarinlan ng sambayanang Pilipino) ini membawa kepada pengisytiharan kedaulatan dan kemerdekaan pulau-pulau Filipina dari penjajahan Sepanyol Filipina di bawah angkatan revolusi yang diketuai Emilio Aguinaldo.